Wednesday, 25 November 2009

Mengapa buat minuman berkarbonat??

Ramai kawan agak marah apabila mengetahui saya berhenti kerja dan membuat produk minuman bergas. Mereka berhak untuk marah kerana minuman berkarbonat adalah penyumbang utama kepada penyakit kencing manis dan sekarang ramai pesakit berumur kurang 20 tahun.


Dari zaman kanak-kanak lagi telah meminum air panas atau sejuk pelbagai jenama teh dan kopi, , makan gula-gula, coklat, kueh dan sebagainya, minuman berkarbonat atau tidak, semuanya mengandungi banyak gula. Pergi makan ke kedai makanan segera juga disediakan bersama minuman berkarbonat. Ini semua merupakan cara pemakanan yang kurang betul telah dimulakan oleh ibubapa.


Nak salahkan siapa? Pernahkan dihalang anak-anak daripada mengambilnya?? Pernahkah kita lihat dan ambil risau mengenai jadual nutrisi nya?? Adakah difikirkan minuman alternatifnya?? Apakah kita hanya pandai komplin dan merintih saja tanpa berusaha?? Selesaikah urusan kita dengan tuhan hanya dengan komplin sahaja?? Bukankan ia merupakan fardu kifayah jika kita buatkan alternatifnya?? Dan itulah yang telah saya buat.


Air minuman bergas saya berjenama AIRIS, saya sendiri yang membancuhnya atau wakil yang saya pastikan cukup solat dan tidak menanggung hadas kecil atau besar. Kualiti air dan kandungan gula saya pastikan tidak akan menyebabkan sebarang penyakit, insyaAllah. Telah diakui bahawa bagi setiap 100ml, AIRIS hanya mengandungi 7.8g gula sahaja berbanding jenama lain yang mengandungi lebih 10.0g (ada terdapat jenama sehingga 21.0 g). Di samping itu AIRIS juga dicampurkan gula yang selalu diberikan kepada pesakit kencing manis. Gula ini harganya terlalu mahal. Apabila gula sedikit, maka gas yang dimasukkan melalui tabung gas CO2 juga sedikit. (AIRIS tidak terlibat dengan proses penapaian)


Rasa air AIRIS memang kurang sedap kerana kurang manis. Ia tak boleh dicampur dengan ais tetapi hanya boleh disejukkan di dalam peti ais. Ibubapa jangan risau jika anak-anak gemar dengan air AIRIS ini.


http://globalairis.blogspot.com/

Sunday, 22 November 2009

Bersara Pilihan umor 50 tahun??

Mengapa saya bersara pilihan pada usia 50 tahun

Secara jujur saya katakan, memang saya telah merancang untuk melakukannya dari awal iaitu sebaik sahaja saya memasuki alam pekerjaan. Saya telah membahagikan kehidupan ini kepada 3 peringkat besar dimana setiap peringkat memakan masa selama 25 tahun. Purata lelaki Melayu meninggal dunia pada usia 70 hingga 80 tahun.

25 tahun pertama: untuk mencari ilmu dunia sebanyak-banyak dan mencari pekerjaan paling sesuai dengan kelulusan yang ada. Alhamdulillah saya telah mendapatnya. Ketika menghampiri usia itu, saya telah menjadi tutor matematik disebuah university dan dirancang (tindikan) untuk Ph.D . Tawaran lain; sebagai pegawai bank, pegawai system diperbadanan, guru MRSM, dan lain-lain. Mesti berkahwin pada hujung fasa ini atau pada awal fasa berikutnya.
25 tahun ke dua: bekerja makan gaji dan persediaan untuk here after. Bertugas di MRSM sebagai guru fizik, Ketua Jabatan Sains, Penolong Pengetua dan seterusnya Pengetua. Mesti pergi haji pada umor 40 tahun. Membesarkan anak-anak sebaik mungkin agar tidak menjadi buih di lautan.
25 tahun ke tiga: mesti berhenti kerja makan gaji dan kerja sendiri. Persediaan sepenuhnya untuk here after. Menjadi majikan untuk beri kerja kepada orang lain dan penyumbang zakat sebanyak mungkin. Mendedahkan dan mengalakkan anak-anak untuk menjadi usahawan.

Anda bagaimana?? Apakah visi dan misi di hari hadapan anda??