Wednesday 27 January 2010

PELAJAR SOLAT DAN MEMBACA AL-QURAN

Pernahkah anda duduk di tengah-tengah kumpulan pelajar dan mendengar mereka membaca Al-Quran atau duduk memerhati para pelajar bersolat? Mungkin anda sentiasa bersama pelajar tetapi tidak alert mengenainya …..

Saya “ngeri” memikirkan pembacaan Al-Quran serta solat sebahagian besar daripada mereka.

Ketika membaca Surah Yasiin contohnya, mereka berlumba siapa tamat dahulu. Begitu juga ketika bersolat; macam ayam patuk jagung dengan bacaan tunggang-langgang. Amat dibimbangi;

Kerahmatan Allah yang di pinta, kemurkaan Nya pula yang tiba,
dan KITA semua merasa.
Nak salahkan siapa?

Mungkin ramai yang meletakkan kesalahan di bahu ustad atau ustazah. Biasa laa, tunjuk kesalahan kepada orang lain sedangkan tiga jari kepada kita sendiri !! Apakah di hereafter, kita tidak akan ditanya berkaitan masalah tersebut?

Sebagai Fardu Kifayah, saya telah memperkenalkan KAEDAH SAFAR iaitu satu kaedah untuk membetulkan bacaan( tajuwid) paling asas secara interaktif dan menggunakan power point. Sila baca di blog saya: http://kaedahsafar10.blogspot.com.

Tindakan susulan daripada anda, insyaAllah akan menyelamatkan anak-anak, para pelajar dan semua umat Islam di dunia dan hereafter.

Monday 11 January 2010

P.N.G. YANG MENGELIRUKAN

Prestasi akademik pelajar MRSM setiap akhir semester diperlihatkan melalui PNG. Banyak pihak akan gembira apabila ramai pelajar mendapat TPNG yang tinggi (3.5 hingga 4.0) ketika majlis graduasi . Bagaimanapun, adakah pelajar yang mendapat PNG=3.50 (gred B+) lebih pandai berbanding pelajar PNG=2.00 (gred C)? Begitu juga jika 2 pelajar mendapat PNG yang sama, adakah mereka sama pandai?

Melalui pengalaman, PNG banyak mengelirukan kita. Pengelasan mengikut PNG akan menyebabkan kegagalan lebih mudah berlaku. Untuk Program Kecemerlangan Akademik (PKA), PNG TIDAK SESUAI digunakan langsung. PKA mesti bersandarkan markah mentah setiap subjek termasuk Ujian Selaras yang didapati oleh setiap pelajar.

Untuk program seperti Klinik, Tuisyen, Bimbingan dan berbagai lagi, mereka dikumpulkan mengikut markah. Ini menyebabkan mereka tidak merasa malu. Pendekatan PNP mesti berbeza mengikut kumpulan. Dengan pendekatan ini, mereka berusaha untuk mengeluarkan diri dari kumpulan tersebut.

Semasa Hari Perbincangan Akademik, ambil markah minimum untuk setiap subjek. Ibubapa dimestikan datang walaupun anak mendapat PNG=3.88 tetapi satu subjek termasuk ke dalam markah minimum. Begitu juga untuk pelajar menyertai Kem Kecemerlangan Akademik yang melibatkan 4 subjek penting (MT, F, K, B). Campuran semua markah 4 subjek tersebut dan ambil bilangan pelajar dari paling bawah.

Seorang pelajar yang mendapat PNG=1.88 mungkin boleh menjadi mentor untuk subjek dimana markahnya termasuk dalam 20 teratas. Bagaimanakan motivasi diri pelajar ini apabila maktab melantiknya menjadi mentor?