Tuesday 6 April 2010

DUA KURANG PANDAI BERBUAL TTG AGAMA

Ketika dalam perjalanan, pemandu lori bertanya kepada saya tentang Hukum Hudud (HH). Dia kata HH tak boleh dilaksanakan kerana sekarang kebanyakkan orang Islam adalah fasik. Contoh kes mencuri, nak cari saksi yang tak pernah berbohong amat sukar, jadi tak adalah yang akan kena hukum. Saya kata, HH mesti dilaksanakan. Soal saksi fasik itu no. 2. Kita ada mahkamah syariah biar dia putuskan. Kita sama-sama tak pandai, jangan kacau mereka.

Kemudian pemandu tanya lagi: tadi abang kata, bila kita buat kerja mesti jangan ikhlas 100%. Biasa orang kata, buat ikhlas 100%. Saya Tanya balik: awak bawa lori ni ikhlas tak? Dia jawab: ikhlas 100%. Saya Tanya: untuk sapa? Dia jawab: untuk abang! Saya kata: kalau gitu, awak tak dapat pahala, awak dapat penat aja, saya bukan tuhan. Pemandu terkejut. Sambungnya: tapi saya kerja ini untuk tanggung anak bini saya, dan ini amanah Allah. Saya jawab: haa itu yang betul, kerja kerana Allah. Jadi ikhlas awak 100% kerana Allah dan bukan kerana saya.

Saturday 20 March 2010

LELAKI ACUAN AL-QURAN

Lelaki Acuan Al-Quran
Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu

Lelaki Acuan Al-Quran
Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan
Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang

Lelaki Acuan Al-Quran
Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat

Lelaki Acuan Al-Quran
Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya

Lelaki Acuan Al-Quran
Tidak Pernah Membazirkan Masa
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Lelaki Acuan Al-Quran
Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian

Lelaki Acuan Al-Quran
Ialah Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona
Dengan Buaian DuniaKerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama Wanita Acuan Al-Quran.



http://w-atiey.fotopages.com/

Wednesday 3 March 2010

HALAL TAPI HARAM: KITA TERLIBAT???

Laporan Polis Terhadap Sijil Halal Palsu Yang Mengelirukan Pengguna Islam


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah banyak menerima aduan berkenaan lambakan sijil halal yang mengelirukan pengguna samada pada produk atau di restoran-restoran ternama. Sehubungan dengan itu, tiga laporan polis telah dibuat oleh pengguna pada 8 Februari 2010 dan dibawa kepada PPIM untuk tindakan.

Berdasarkan siasatan yang dibuat, didapati syarikat pengeluar sijil halal ini tidak membuat sebarang pemeriksaan, sisatan/pengesahan dan pemantauan yang sebenar ke atas syarikat/produk yang memohon dan sijil boleh terus dibeli tanpa premis diperiksa terlebih dahulu.

Perkara ini amat serius kerana bukan sahaja menipu pengguna Islam, malah menjejaskan imej negara dan juga boleh menjejaskan agenda Halal yang dilaksanakan oleh negara yang boleh diibaratkan sebagai sabotaj ekonomi kerana boleh memburukkan nama Negara dan boleh kehilangan kewibawaan di peringkat antarabangsa.

PPIM menggesa agar siasatan mengenai kesahihan sijil dan pengeluarannya oleh pihak tidak bertanggungjawab disegerakan bagi mengelakkan pengguna Islam terus tertipu.
PPIM juga menggesa agar siasatan juga dijalankan terhadap syarikat yang menggunakan sijil tersebut jika didapati terdapat unsur-unsur kerjasama atau pakatan di antara pengeluar sijil dan juga pengeluar produk atau restoran untuk menipu dan mengelirukan para pengguna.

Komen: AKIBAT HUKUM AGAMA MENJADI BAHAN DAGANGAN OLEH ORANG YANG MENGAKU ISLAM. "UMAT ISLAM RAMAI TETAPI MACAM BUIH DI LAUTAN". ANDA BAGAIMANA????

Friday 26 February 2010

HUTANG

PERINGATAN : Hutang
- Dosa yang tidak diampunkan Allah
ISLAM membenar, malah mengharuskan seseorang itu berhutang.
Islam juga menggalakan umatnya memberi pinjaman secara hutang dalam hal keperluan asasi.
Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah (semata-mata untuk mendapatkan pahala) dengan pinjaman yang baik (ikhlas) akan digandakan balasannya dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia." (Surah al-Hadid, ayat 18)
Mengapakah anda berhutang?
l-Memenuhi kehendak nafsu untuk memiliki sesuatu yang tidak mampu kecuali berhutang.
2-Pengaruh sahabat yang memberi galakan untuk berhutang walaupun pada hakikat tidak memerlukan.
3-Sikap tidak berasa puas dan cukup dengan apa yang dimiliki
4-Kemudahan pinjaman yang disediakan bagi menggalakkan lagi amalan berhutang.
5-Berkehendakkan sesuatu benda dengan cepat dan segera walaupun hakikatnya dia tidak mampu berbuat demikian.
Jika perkara yang hendak dimiliki itu adalah keperluan asasi seperti makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian dan pelajaran, maka Islam membenarkan berhutang sebagaimana dalam sebuah hadis bermaksud:
Daripada Abu Hurairah berkata seseorang: "Ya Rasulullah, pekerjaan apakah yang paling baik? Baginda bersabda Memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau melunaskan hutangnya atau memberi roti (makanan) kepadanya."
Jika perkara yang ingin dimiliki itu bukan perkara asasi atau penting dalam kehidupan seseorang itu, maka tidak perlulah dia berhutang. Ini kerana hanya akan menambahkan bebanan, lebih-lebih lagi jika membabitkan institusi kewangan dan perbankan yang mengamalkan sistem riba.
Kesan amalan berhutang.
l-pemiutang boleh jadi muflis.
2-Jiwa tidak akan tenteram dan aman, hidupnya dalam resah gelisah
3-Memungkinkan berlaku pelbagai perkara yang dilarang oleh syarak seperti mencuri, rasuah dan menjual maruah diri.
4-Orang yang berhutang akan terikat hidupnya di dunia dan akan tergantung amalan dan rohnya selepas meninggal dunia hingga segala hutang piutangnya dilunaskan ketika hidup.
Sabda Rasulullah: "Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) hingga dia menjelaskan hutangnya."
Sabda Rasulullah: "Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah pada hari hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi."
Sabda Rasulullah bermaksud: "Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya." (Hadis riwayat Bukhari, Tarmizi, An- Nasai' dan Ibn. Majah)
–Petikan buku Budaya Berhutang: Amalan Dan Akibatnya
terbitan Jabatan Agama Islam Selangor
Tambahan:
Didalam Al-Quran ada Firman Allah yang bermaksud -
ALLAH BERPERANG DENGAN ORANG TERLIBAT DENGAN RIBA
TIDAK TAKUTKAH KAWAN2 DENGAN UGUTAN ALLAH INI????
SIAPALAH KITA YANG AKAN PERPERANG DENGAN PENCIPTA DIRI INI???
JADI MISKINKAH KITA JIKA TIDAK TERLIBAT DENGAN NYA???
InsyaALLAH saya akan terangkan bagaimana membeli kereta RM100K tanpa berhutang dengan bank dengan gaji sekitar RM3K sahaja sebulan. Dan lebih membinggungkan, saya dapat mengumpul 1/4 dalam masa 3 tahun kemudiannya!!!

Thursday 18 February 2010

FARDHU HAJI: ANDA?

Tunaikanlah Fardhu Haji semasa muda. Seeloknya pada usia 40 tahun.
Kenapa 40?

1. Semua Muslim tahu, pada usia itu nabi mendapat wahyu pertama. Nabi telah berkahwin pada usia 25 tahun. Mengapakah ALLAH pilih pada usia tersebut?

2. Orang Melayu kata: Umur majal bagi seorang manusia. Ia adalah satu takuk masa yang menentukan keadaan seterusnya hingga ke akhir hayat. Jika pada takuk ini perangainya jahat, maka akan teruslah kejahatannya hingga mati. Jika nak ubah pun memerlukan istiqamah yang teguh dan berterusan

3. Orang putih kata: Life begins at 40. Pada masa ini permulaan dewasa, hidup dalam mengada-gada, kehidupan sebenar baru bermula

4. Haji merupakan Ibadah Perbuatan. Perlukan akal fikiran yang waras, badan yang kuat dan sihat. Kalau ada penyakit barulah di peringkat awal, masih boleh dikawal. Bawalah ubat.

5. Pada peringkat dimana semua keperluan duniawi telah dapat dilengkapi walaupun tidak sempurna. Baru ada anak 4, 5 orang, beli rumah 3 bilik dan kenderaan telah habis bayar.

6. Jika mula menyimpan di Tabung Haji pada umur 30 tahun, dianggarkan dapat peluang ke Mekah 10 tahun kemudian. Ini bermakna umur 40 tahunlaaaa. Jika sebulan simpan RM 100, maka 10 tahun dah ada RM 100 x 12 x 10 = RM 12,000 . Dah lebih dari mencukupi!! Kalau duit tak cukup juga, jangan risau sebab untuk ALLAH: 1 + 1 >>> 2. Percayalaaa dengan syarat kena berusaha ….

7. Hati telah cukup cekal untuk meninggalkan keluarga selama 40 hari. Ramai yang tidak sanggup meninggalkan anak-anak untuk selama itu. Apa yang dibimbangkan: kan kita nak jadi TETAMU ALLAH? Yakinlaa ALLAH akan menjaga segalanya dengan syarat kita telah membuat perancangan terbaik

8. Sementara anak-anak masih kecil, doakan untuk kebaikan mereka di depan KAABAH dan di RAUDAH. Ramai orang naik Jabal Rahmah untuk doa cepat jodoh dan dapat akhirnya. Yang dah kawin, tak payah cari penyakit!!!

9. Anak sulung mungkin baru berumur 15 tahun, maka cukup masa untuk membentuk anak-anak dan keluarga ke distinasi yang dipohon daripada ALLAH semasa Haji. Bapa dan ibu menjadi contoh terbaik kepada keluarga. Kita berusaha ke jalan yang lurus, pasti ALLAH akan penuhi!!

10. Masa paling TIDAK SIBUK. Pastikah bahawa akan ada masa yang tidak sibuk? Amat dibimbangi semakin lama semakin sibuk kecuali sakit. Adakah dah sakit baru nak pergi haji? Atau kematian mendahului? Pastikah anak-anak akan membuatkan Haji Badal untuk kita??? Yang pasti harta yang kita simpan akan diagih-agih ….. kita masih lagi belum memenuhi RUKUN ISLAM KE 5 BELUM DISEMPURNAKAN!!! Sempurnakah KeIslaman kita!!!

11. Balik Haji, lihat rezaki kita. Jika kita berusaha dan membuat sesuatu kerana ALLAH, insyaALLAH adalah tu …… nak tau mulalaa pasang niat sungguh-sungguh untuk pergi Haji. Kalau niat main-main tak jadi, susahlah nak jadi …..

ANDA BAGAIMANA ????
SAYA AMAT DOAKAN ANDA AGAR MENJADI TETAMU ALLAH SECEPAT MUNGKIN
.
.
.

Monday 15 February 2010

DIMANAKAH SAYA DAN ANDA???

Siapakah Musuh Iblis?

Suatu masa Rasulullah s.a.w pernah menyoal iblis katanya: "Wahai iblis, berapa banyakkah musuh-musuhmu dan umatku"
Jawab iblis : "Lima belas orang" iaitu :

1. Anda sendiri wahai Muhammad
2. Kepala Negara (Imam) yang adil
3. Orang kaya yang rendah hati
4. Pedagang yang jujur
5. Orang alim yang sembahyangnya amat khusyuk
6. Orang beriman yang suka memberi nasihat
7. Orang beriman yang pengasih
8. Orang yang bertaubat dan tetap atas taubatnya itu
9. Orang yang tidak mahu membuat sesuatu yang haram
10. Orang beriman sentiasa berwuduk
11. Orang beriman banyak bersedekah
12. Orang beriman yang berakhlak mulia
13. Orang beriman yang bermanfaat kepada orang ramai
14. Orang yang mengamalkan dan terus menerus membaca Al-Quran
15. Orang yang menegakkan ibadat pada waktu malam sedangkan orang lain sedang tidur


Siapakah Kawan Iblis?

Rasulullah s.a.w bertanya lagi : "Berapa banyakkah kawan-kawanmu dari umatku?"
Jawab iblis: "Sepuluh orang" iaitu:

1. Hakim yang tidak adil
2. Orang kaya yang sombong
3. Pedagang yang tidak jujur
4. Peminum arak
5. Penghasut / pendengki kepada orang yang mendapat kebaikan
6. Orang beramal kerana ingin nama
7. Orang yang makan harta anak yatim
8. Orang yang mempermudahkan solat
9. Orang yang tidak mahu berzakat
10. Orang yang suka termenung (duduk mengelamun / berangan-angan)

Sumber: http://www.maij.gov.my

Wednesday 27 January 2010

PELAJAR SOLAT DAN MEMBACA AL-QURAN

Pernahkah anda duduk di tengah-tengah kumpulan pelajar dan mendengar mereka membaca Al-Quran atau duduk memerhati para pelajar bersolat? Mungkin anda sentiasa bersama pelajar tetapi tidak alert mengenainya …..

Saya “ngeri” memikirkan pembacaan Al-Quran serta solat sebahagian besar daripada mereka.

Ketika membaca Surah Yasiin contohnya, mereka berlumba siapa tamat dahulu. Begitu juga ketika bersolat; macam ayam patuk jagung dengan bacaan tunggang-langgang. Amat dibimbangi;

Kerahmatan Allah yang di pinta, kemurkaan Nya pula yang tiba,
dan KITA semua merasa.
Nak salahkan siapa?

Mungkin ramai yang meletakkan kesalahan di bahu ustad atau ustazah. Biasa laa, tunjuk kesalahan kepada orang lain sedangkan tiga jari kepada kita sendiri !! Apakah di hereafter, kita tidak akan ditanya berkaitan masalah tersebut?

Sebagai Fardu Kifayah, saya telah memperkenalkan KAEDAH SAFAR iaitu satu kaedah untuk membetulkan bacaan( tajuwid) paling asas secara interaktif dan menggunakan power point. Sila baca di blog saya: http://kaedahsafar10.blogspot.com.

Tindakan susulan daripada anda, insyaAllah akan menyelamatkan anak-anak, para pelajar dan semua umat Islam di dunia dan hereafter.