PERINGATAN : Hutang
- Dosa yang tidak diampunkan Allah
ISLAM membenar, malah mengharuskan seseorang itu berhutang.
Islam juga menggalakan umatnya memberi pinjaman secara hutang dalam hal keperluan asasi.
Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah (semata-mata untuk mendapatkan pahala) dengan pinjaman yang baik (ikhlas) akan digandakan balasannya dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia." (Surah al-Hadid, ayat 18)
Mengapakah anda berhutang?
l-Memenuhi kehendak nafsu untuk memiliki sesuatu yang tidak mampu kecuali berhutang.
2-Pengaruh sahabat yang memberi galakan untuk berhutang walaupun pada hakikat tidak memerlukan.
3-Sikap tidak berasa puas dan cukup dengan apa yang dimiliki 4-Kemudahan pinjaman yang disediakan bagi menggalakkan lagi amalan berhutang.
5-Berkehendakkan sesuatu benda dengan cepat dan segera walaupun hakikatnya dia tidak mampu berbuat demikian.
Jika perkara yang hendak dimiliki itu adalah keperluan asasi seperti makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian dan pelajaran, maka Islam membenarkan berhutang sebagaimana dalam sebuah hadis bermaksud:
Daripada Abu Hurairah berkata seseorang: "Ya Rasulullah, pekerjaan apakah yang paling baik? Baginda bersabda Memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau melunaskan hutangnya atau memberi roti (makanan) kepadanya."
Jika perkara yang ingin dimiliki itu bukan perkara asasi atau penting dalam kehidupan seseorang itu, maka tidak perlulah dia berhutang. Ini kerana hanya akan menambahkan bebanan, lebih-lebih lagi jika membabitkan institusi kewangan dan perbankan yang mengamalkan sistem riba.
Kesan amalan berhutang.
l-pemiutang boleh jadi muflis.
2-Jiwa tidak akan tenteram dan aman, hidupnya dalam resah gelisah
3-Memungkinkan berlaku pelbagai perkara yang dilarang oleh syarak seperti mencuri, rasuah dan menjual maruah diri.
4-Orang yang berhutang akan terikat hidupnya di dunia dan akan tergantung amalan dan rohnya selepas meninggal dunia hingga segala hutang piutangnya dilunaskan ketika hidup.
Sabda Rasulullah: "Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) hingga dia menjelaskan hutangnya."
Sabda Rasulullah: "Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah pada hari hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi."
Sabda Rasulullah bermaksud: "Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya." (Hadis riwayat Bukhari, Tarmizi, An- Nasai' dan Ibn. Majah)
–Petikan buku Budaya Berhutang: Amalan Dan Akibatnya
terbitan Jabatan Agama Islam Selangor
Tambahan:
Didalam Al-Quran ada Firman Allah yang bermaksud -
ALLAH BERPERANG DENGAN ORANG TERLIBAT DENGAN RIBA
TIDAK TAKUTKAH KAWAN2 DENGAN UGUTAN ALLAH INI????
SIAPALAH KITA YANG AKAN PERPERANG DENGAN PENCIPTA DIRI INI???
JADI MISKINKAH KITA JIKA TIDAK TERLIBAT DENGAN NYA???
InsyaALLAH saya akan terangkan bagaimana membeli kereta RM100K tanpa berhutang dengan bank dengan gaji sekitar RM3K sahaja sebulan. Dan lebih membinggungkan, saya dapat mengumpul 1/4 dalam masa 3 tahun kemudiannya!!!
No comments:
Post a Comment