Tuesday 29 December 2009

APABILA KEPUTUSAN MERUDUM !!!

Keputusan PMR baru diumumkan. Tahniah kepada maktab yang memperolehi % pelajar dapat A dalam semua subjek melebihi 75%!! .

Rangking atau nombor kurang penting, ia satu bagi setiapnya tetapi A semua pelajar boleh dapat. Syabas kepada guru-guru dan pengetua yang bertungkus lumus bersama-sama demi kecemerlangan para pelajarnya

Di MRSM, jika ada pelajar mendapat 6A dan kebawah lebih 25%(macam sekolah di hulu kampung aja), pastinya ada sesuatu benda yang tersorok telah berlaku. Kesalahan terletak kepada bos nombor satu serta timbalan-timbalannya. Dan jika banyak maktab terlibat, wajib dipertanggungjawabkan kepada orang-orang kuat di HQ, terutama TKP, pengarah dan krunya. Guru-guru hanya mengikut arahan bos.

Apabila meredum sahaja, maka semua guru (temasuk KJ) nak demam kerana berbagai postmortem perlu disediakan. Terdapat pengetua yang berubah menjadi singa. Maka datanglah orang-orang HQ, mencadangkan buat itu, buat ini dan berbagai lagi, semua ikut teori.

Yang kena (diarah) dengar, kena ikut dan buat, kadang-kadang kena marah pula, dan pelbagai lagi ialah guru-guru yang memang telah sedia berkerja, malah mungkin telah terlalu penat dan longlai.

Kadang-kadang orang yang beri nasihat pun pengelamannya terlalu sedikit kat sekolah, malahan jika ditinjau sekolah-sekolah asalnya pun teruk juga dalam peperiksaan.

Sepatutnya (ini cadangan), bos no. 1 terus dipanggil ke HQ, tengok seorang- seorang rekodnya di sekolah - selalu ada di sekolah tak tau rajin berjalan. Tanya dia baik-baik; apa program yang dia telah buat untuk pencapaian dalam peperiksaan. Orang yang bertanya pun mestilah yang OK, bukan yang sama-sama karokea.

Kemudian wakil HQ pergi ke sekolah, jumpa semua guru (TANPA PENGETUA DAN TIMBALAN-TIMBALANNYA). Dapatkan maklumat berkaitan program dan kepimpinan pengetua.

Jika perlu minta guru buat surat layang. Daripada semua maklumat tersebut bolehlah disimpulkan tentang kewajaran keputusan peperiksaan tersebut. HQ ambil tindakan susulan kepada bos dan guru. Pastikan semua maklumat adalah rahsia.

Terdapat maktab yang menghantar wakil untuk belajar daripada maktab cemerlang. Mengapa tidak bos sendiri pergi bersama-sama AJK Kecemerlangannya? Adakah bos dah rasa dirinya pandai dan hebat, maka kalau meredum senang kenakan guru2?

Sepatutnya Pengetua-pengetua WAJIB pergi sendiri, jangan malu, dapatkanlah ilmu apa yang patut dilaksanakan kepada anak2 kita, kerana itulah amanahnya. Jangan takut membuat inovasi dalam program kecemerlangan. Ingatlah wahai bos2 semua, sebarang kegagalan pelajar disebabkan kelemahan kita, hereafter tuan2 akan disoal.

Gunakanlah Muafakat sebaik-baiknya. Yang nak berjaya anak2 mereka dan ingatlah guru2 bukannya robot yang tiada perasaan, yang tiada keluarga dan boleh diarah-arah begitu saja.
(nota: kejayaan MR (97, 01, 03), TGB (2005, 2006) dan KKB (2006, 2007) adalah air tangan saya walaupun ada L.P.S.S.P.N)

Thursday 17 December 2009

MRSM MASIH HEBAT DAN DI KAGUMI??

Selama lebih 25 tahun saya bersama MRSM, persoalan mengenai kehebatan MRSM di bidang akademik telah berpuluh kali saya terima. Rata-rata mereka kagum dengan pencapaian yang diperolehi. MRSM menjadi iguan indah terlalu ramai ibubapa dan para pelajar. Dapat ambil borang untuk ‘Kemasukan Ke MRSM’ pun mereka dah bangga. Andaian mereka: masuk MRSM bermakna keluar sebagai pegawai berjawatan tinggi.
Melalui pengalaman saya, tanggapan masyarakat terhadap MRSM memang ada benarnya. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada pengasas penubuhan MRSM dahulu. Merekalah yang mula-mula memberikan jenama yang terlalu baik buat MRSM. Susah payah mereka mencari resepi terbaik demi kesinambungan Melayu harus dipuji. Hasil pengorbanan mereka ingin dikekalkan sedaya mungkin sehinggalah sekarang.
Bagaimanapun sejak 7, 8 tahun kebelakangan ini terdapat pendukung-pendukung MRSM yang berciri kurang memberangsangkan. Mereka mempunyai idea yang kurang kreatif dan takut melakukan inovasi terhadap pendidikan yang semangkin mencabar. Memang pelbagai kekangan wujud di semua peringkat, tetapi kita mesti berani mencuba untuk berubah.
Kehebatan MRSM akan menjadi nostalgia jika meletakkan semua kerja dan permasalahan di bahu guru. Mesyuarat Pengurusan ramai jadi yes men , duduk mengantuk, idea tiada / takut / bimbang ditertawa, guna veto, pengerusi cakap sendiri / marah-marah, white board di belakang jadi perhiasan adalah situasi biasa. Semua program hendak dilaksana tapi stereotaip, ada buat postmortem tapi tak digunakan. Pelancaran program gah, kandungan biasa; hasil biasalaaa.
Adalah bijak menjadikan mesyuarat sebagai medan menambaheratkan perkongsian di kalangan keluarga maktab demi kehebatan para pelajarnya. Pastinya penguasa MRSM adalah orang yang telah dinilai kebolehannya demi amanah umat Melayu, bukan yang bercakap banyak dan kroni, dan bukan kena kerja kerana di rumah tiada kerja. Biasalaaa : lembu punya susu, sapi punya nama!!!

Tuesday 8 December 2009

Mengapa saya ceburi perniagaan???


Keluarga saya bukan keluarga usahawan tapi kerana kesempitan wang, maka emak membekalkan sagun untuk dijual di sekolah. Mungkin daripada situlah saya mula minat berniaga dan akhirnya menjadi seorang usahawan, insyaAllah. Saya tak malu untuk bertanya, mencuba dan tak serik dengan kegagalan. Saya amat percaya pada diri sendiri (kalau diri sendiri tak percaya, jangan harap orang lain nak percaya kita).


Di dalam Al-Quran terdapat 13 kali disebut serentak : solat dan zakat. Apakah maknanya???


Allah mewajibkan semua umat Islam bersolat kerana ia merupakan tiang agama dan menggalakkannya menjadi usahawan (bukan peniaga).


Usahawan Islam adalah selepas berusaha dan berikhtiar mesti menyandarkannya kepada Allah. Dialah menentukan segalanya. Rezki yang diberikan ada hak bersama orang -orang miskin, keluarkan ia sebagai zakat di samping dapat menyalurkan rezki kepada orang lain (seperti memberikan kerja).


Janji Allah: Nilai zakatnya bertambah setiap masa. Sabda nabi: Hereafter boleh jadi sahabatku.


Kalau kerja makan gaji, banyak mana zakatnya?? Lagi malang: bergaya tapi papa …………..
Asnaf-asnaf yang berhak masih tetap tak terbela.