Tuesday 29 December 2009

APABILA KEPUTUSAN MERUDUM !!!

Keputusan PMR baru diumumkan. Tahniah kepada maktab yang memperolehi % pelajar dapat A dalam semua subjek melebihi 75%!! .

Rangking atau nombor kurang penting, ia satu bagi setiapnya tetapi A semua pelajar boleh dapat. Syabas kepada guru-guru dan pengetua yang bertungkus lumus bersama-sama demi kecemerlangan para pelajarnya

Di MRSM, jika ada pelajar mendapat 6A dan kebawah lebih 25%(macam sekolah di hulu kampung aja), pastinya ada sesuatu benda yang tersorok telah berlaku. Kesalahan terletak kepada bos nombor satu serta timbalan-timbalannya. Dan jika banyak maktab terlibat, wajib dipertanggungjawabkan kepada orang-orang kuat di HQ, terutama TKP, pengarah dan krunya. Guru-guru hanya mengikut arahan bos.

Apabila meredum sahaja, maka semua guru (temasuk KJ) nak demam kerana berbagai postmortem perlu disediakan. Terdapat pengetua yang berubah menjadi singa. Maka datanglah orang-orang HQ, mencadangkan buat itu, buat ini dan berbagai lagi, semua ikut teori.

Yang kena (diarah) dengar, kena ikut dan buat, kadang-kadang kena marah pula, dan pelbagai lagi ialah guru-guru yang memang telah sedia berkerja, malah mungkin telah terlalu penat dan longlai.

Kadang-kadang orang yang beri nasihat pun pengelamannya terlalu sedikit kat sekolah, malahan jika ditinjau sekolah-sekolah asalnya pun teruk juga dalam peperiksaan.

Sepatutnya (ini cadangan), bos no. 1 terus dipanggil ke HQ, tengok seorang- seorang rekodnya di sekolah - selalu ada di sekolah tak tau rajin berjalan. Tanya dia baik-baik; apa program yang dia telah buat untuk pencapaian dalam peperiksaan. Orang yang bertanya pun mestilah yang OK, bukan yang sama-sama karokea.

Kemudian wakil HQ pergi ke sekolah, jumpa semua guru (TANPA PENGETUA DAN TIMBALAN-TIMBALANNYA). Dapatkan maklumat berkaitan program dan kepimpinan pengetua.

Jika perlu minta guru buat surat layang. Daripada semua maklumat tersebut bolehlah disimpulkan tentang kewajaran keputusan peperiksaan tersebut. HQ ambil tindakan susulan kepada bos dan guru. Pastikan semua maklumat adalah rahsia.

Terdapat maktab yang menghantar wakil untuk belajar daripada maktab cemerlang. Mengapa tidak bos sendiri pergi bersama-sama AJK Kecemerlangannya? Adakah bos dah rasa dirinya pandai dan hebat, maka kalau meredum senang kenakan guru2?

Sepatutnya Pengetua-pengetua WAJIB pergi sendiri, jangan malu, dapatkanlah ilmu apa yang patut dilaksanakan kepada anak2 kita, kerana itulah amanahnya. Jangan takut membuat inovasi dalam program kecemerlangan. Ingatlah wahai bos2 semua, sebarang kegagalan pelajar disebabkan kelemahan kita, hereafter tuan2 akan disoal.

Gunakanlah Muafakat sebaik-baiknya. Yang nak berjaya anak2 mereka dan ingatlah guru2 bukannya robot yang tiada perasaan, yang tiada keluarga dan boleh diarah-arah begitu saja.
(nota: kejayaan MR (97, 01, 03), TGB (2005, 2006) dan KKB (2006, 2007) adalah air tangan saya walaupun ada L.P.S.S.P.N)

10 comments:

  1. aku
    betul ke 2 ????

    ReplyDelete
  2. mmg cg safar pengetua paling best yg pernah kami ada...

    ReplyDelete
  3. Tahniah dan syabas Tn Hj Safar.
    Semoga kepimpinan anda menjadian panduan kepada barisan pendidik masa kini.... Cikgu Hairul(Ex Chemistry Teacher MRSM Pendang & MRSM KKB)

    ReplyDelete
  4. Hmmm...betul tu pandangan tn hj...saya stuju...tp yg pasti jika keputusan jatuh, kesalahan cikgu yg dicari...:(

    ReplyDelete
  5. hj...L.P.S.S.P.N. tu aper....:)

    ReplyDelete
  6. hj..btol la 2 hj ckp..
    da sme ngan muadzamshah da nie..
    foyer mktb kkb da agk cntik..
    x tau la pulak ble result nk cntik..
    ahahahah...

    ReplyDelete
  7. Tahniah hj atas komen yang bernas! Alhamdulillah...syukur sgt sebab diberi peluang bekerja dengan hj. Bnyk dimensi baru dlm bidang pendidikan especially secara x formal yg saya peroleh masa kerja di bawah hj...moga hj akan success selalu...

    ReplyDelete
  8. I still believe that a person will be able to change and become better with a environment. Thanks for all the guidences given by Tn Hj. I pray that we will get someone as good as you

    ReplyDelete