Monday, 11 January 2010

P.N.G. YANG MENGELIRUKAN

Prestasi akademik pelajar MRSM setiap akhir semester diperlihatkan melalui PNG. Banyak pihak akan gembira apabila ramai pelajar mendapat TPNG yang tinggi (3.5 hingga 4.0) ketika majlis graduasi . Bagaimanapun, adakah pelajar yang mendapat PNG=3.50 (gred B+) lebih pandai berbanding pelajar PNG=2.00 (gred C)? Begitu juga jika 2 pelajar mendapat PNG yang sama, adakah mereka sama pandai?

Melalui pengalaman, PNG banyak mengelirukan kita. Pengelasan mengikut PNG akan menyebabkan kegagalan lebih mudah berlaku. Untuk Program Kecemerlangan Akademik (PKA), PNG TIDAK SESUAI digunakan langsung. PKA mesti bersandarkan markah mentah setiap subjek termasuk Ujian Selaras yang didapati oleh setiap pelajar.

Untuk program seperti Klinik, Tuisyen, Bimbingan dan berbagai lagi, mereka dikumpulkan mengikut markah. Ini menyebabkan mereka tidak merasa malu. Pendekatan PNP mesti berbeza mengikut kumpulan. Dengan pendekatan ini, mereka berusaha untuk mengeluarkan diri dari kumpulan tersebut.

Semasa Hari Perbincangan Akademik, ambil markah minimum untuk setiap subjek. Ibubapa dimestikan datang walaupun anak mendapat PNG=3.88 tetapi satu subjek termasuk ke dalam markah minimum. Begitu juga untuk pelajar menyertai Kem Kecemerlangan Akademik yang melibatkan 4 subjek penting (MT, F, K, B). Campuran semua markah 4 subjek tersebut dan ambil bilangan pelajar dari paling bawah.

Seorang pelajar yang mendapat PNG=1.88 mungkin boleh menjadi mentor untuk subjek dimana markahnya termasuk dalam 20 teratas. Bagaimanakan motivasi diri pelajar ini apabila maktab melantiknya menjadi mentor?

3 comments:

  1. klu x silap sy, dulu kkb pernah gunakan pendekatan yg sama di mana pelajar yg mndapat markah plg tinggi utk subjek tertentu menjadi ketua COS wpun dia bukn dari kelas c.tp sekarang tidak lagi. pada saya, bukn semua pelajar dr kelas tu hebat sgt.pelajar lain tidak bernasib baik disebabkan 'sistem' ini.

    ReplyDelete
  2. saya setuju dengan pendekatan ini.. Bukan kesemua pelajar yang memperolehi PNG 3.5 adalah yang terbaik.. Pencapaian itu mungkin didorong oleh subjek2 lain. MT, F, B, K adalah matapelajaran yang menyubang kepada kepada GPS sekolah... Sekiranya 4 subjek diatas bermasalah..Maka GPS sekolah juga mendapat kesan....Hairul ExKKB(kimia)

    ReplyDelete
  3. Setuju...macam masa di sekolah dulu...cgu campur sume markah utk menentukan kedudukan dalam kelas atau tingkatan...baru nampak beza so...every single point count..baru setiap pelajar terasa nak mengejar kesempurnaan dalam menulis jawapan....baru boleh beza A dengan markah 100% dan A dengan markah paling minimum 75% misalnya....:))))

    ReplyDelete