Selama lebih 25 tahun saya bersama MRSM, persoalan mengenai kehebatan MRSM di bidang akademik telah berpuluh kali saya terima. Rata-rata mereka kagum dengan pencapaian yang diperolehi. MRSM menjadi iguan indah terlalu ramai ibubapa dan para pelajar. Dapat ambil borang untuk ‘Kemasukan Ke MRSM’ pun mereka dah bangga. Andaian mereka: masuk MRSM bermakna keluar sebagai pegawai berjawatan tinggi.
Melalui pengalaman saya, tanggapan masyarakat terhadap MRSM memang ada benarnya. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada pengasas penubuhan MRSM dahulu. Merekalah yang mula-mula memberikan jenama yang terlalu baik buat MRSM. Susah payah mereka mencari resepi terbaik demi kesinambungan Melayu harus dipuji. Hasil pengorbanan mereka ingin dikekalkan sedaya mungkin sehinggalah sekarang.
Bagaimanapun sejak 7, 8 tahun kebelakangan ini terdapat pendukung-pendukung MRSM yang berciri kurang memberangsangkan. Mereka mempunyai idea yang kurang kreatif dan takut melakukan inovasi terhadap pendidikan yang semangkin mencabar. Memang pelbagai kekangan wujud di semua peringkat, tetapi kita mesti berani mencuba untuk berubah.
Kehebatan MRSM akan menjadi nostalgia jika meletakkan semua kerja dan permasalahan di bahu guru. Mesyuarat Pengurusan ramai jadi yes men , duduk mengantuk, idea tiada / takut / bimbang ditertawa, guna veto, pengerusi cakap sendiri / marah-marah, white board di belakang jadi perhiasan adalah situasi biasa. Semua program hendak dilaksana tapi stereotaip, ada buat postmortem tapi tak digunakan. Pelancaran program gah, kandungan biasa; hasil biasalaaa.
Adalah bijak menjadikan mesyuarat sebagai medan menambaheratkan perkongsian di kalangan keluarga maktab demi kehebatan para pelajarnya. Pastinya penguasa MRSM adalah orang yang telah dinilai kebolehannya demi amanah umat Melayu, bukan yang bercakap banyak dan kroni, dan bukan kena kerja kerana di rumah tiada kerja. Biasalaaa : lembu punya susu, sapi punya nama!!!
Thursday, 17 December 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tuan lama,
ReplyDeleteana stuju kerna ada mula cerah tpi kmudian malap. kenapa ya?
MRSM masih relevan tetapi kumpulan sasaran sebenar semakin kecil...walaupun saya bukan product MRSM , saya adalah salah seorg product keluaran asrama biasa yg dikutip pada awal 90 an dari ceruk kampung yg tiak pernah terimpi untuk masuk ke universiti hinggalah masuk tingkatan 4...rasanya masih ramai potensi anak melayu luar bandar yg menunggu peluang untuk dibukakan ruang yg le bih luas utk bersaing secara adil. (bukan tak pandai mcari peluang tetapi kadang kala masalah ekonomi membelenggu keluarga mbuatkan hasrat tergendala dan kadang kala berlalu begitu sahaja). ironinya...di MRSM2 byk dilihat pelajar yg diberikan tempat adalah dari golongan yg bukan setakat mampu malah lebih dari mampu mendapatkan tempat dan didikan yg lebih baik...tetapi bpeluang kerana hasrat ibu bapa(kebanyakkannya)...sesetengah tu memg percaya kepada sistem MRSM tetapi ramai juga yg tidak percaya dgn didikan dan kawalan anak2 sendiri di rumah!maka itu asrama (penuhlah) tempatnya...jad gunakannlah apa jua cara ...yg ptg aku dpt ape yg aku hendak!
ReplyDelete