Tuesday, 8 December 2009

Mengapa saya ceburi perniagaan???


Keluarga saya bukan keluarga usahawan tapi kerana kesempitan wang, maka emak membekalkan sagun untuk dijual di sekolah. Mungkin daripada situlah saya mula minat berniaga dan akhirnya menjadi seorang usahawan, insyaAllah. Saya tak malu untuk bertanya, mencuba dan tak serik dengan kegagalan. Saya amat percaya pada diri sendiri (kalau diri sendiri tak percaya, jangan harap orang lain nak percaya kita).


Di dalam Al-Quran terdapat 13 kali disebut serentak : solat dan zakat. Apakah maknanya???


Allah mewajibkan semua umat Islam bersolat kerana ia merupakan tiang agama dan menggalakkannya menjadi usahawan (bukan peniaga).


Usahawan Islam adalah selepas berusaha dan berikhtiar mesti menyandarkannya kepada Allah. Dialah menentukan segalanya. Rezki yang diberikan ada hak bersama orang -orang miskin, keluarkan ia sebagai zakat di samping dapat menyalurkan rezki kepada orang lain (seperti memberikan kerja).


Janji Allah: Nilai zakatnya bertambah setiap masa. Sabda nabi: Hereafter boleh jadi sahabatku.


Kalau kerja makan gaji, banyak mana zakatnya?? Lagi malang: bergaya tapi papa …………..
Asnaf-asnaf yang berhak masih tetap tak terbela.

1 comment:

  1. sangat setuju dgn pandangan tn.hj bkenaan usahawan...doa saya agar tn.hj berjaya mbuka ruang dan peluang utk anak bangsa memajukan diri serta keluarga...moga kesungguhan itu akan mengalir dalam darah anak2 mereka juga...yg beruntung adalah bangsa dan agama kita.

    ReplyDelete