Friday, 26 February 2010

HUTANG

PERINGATAN : Hutang
- Dosa yang tidak diampunkan Allah
ISLAM membenar, malah mengharuskan seseorang itu berhutang.
Islam juga menggalakan umatnya memberi pinjaman secara hutang dalam hal keperluan asasi.
Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah (semata-mata untuk mendapatkan pahala) dengan pinjaman yang baik (ikhlas) akan digandakan balasannya dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia." (Surah al-Hadid, ayat 18)
Mengapakah anda berhutang?
l-Memenuhi kehendak nafsu untuk memiliki sesuatu yang tidak mampu kecuali berhutang.
2-Pengaruh sahabat yang memberi galakan untuk berhutang walaupun pada hakikat tidak memerlukan.
3-Sikap tidak berasa puas dan cukup dengan apa yang dimiliki
4-Kemudahan pinjaman yang disediakan bagi menggalakkan lagi amalan berhutang.
5-Berkehendakkan sesuatu benda dengan cepat dan segera walaupun hakikatnya dia tidak mampu berbuat demikian.
Jika perkara yang hendak dimiliki itu adalah keperluan asasi seperti makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian dan pelajaran, maka Islam membenarkan berhutang sebagaimana dalam sebuah hadis bermaksud:
Daripada Abu Hurairah berkata seseorang: "Ya Rasulullah, pekerjaan apakah yang paling baik? Baginda bersabda Memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau melunaskan hutangnya atau memberi roti (makanan) kepadanya."
Jika perkara yang ingin dimiliki itu bukan perkara asasi atau penting dalam kehidupan seseorang itu, maka tidak perlulah dia berhutang. Ini kerana hanya akan menambahkan bebanan, lebih-lebih lagi jika membabitkan institusi kewangan dan perbankan yang mengamalkan sistem riba.
Kesan amalan berhutang.
l-pemiutang boleh jadi muflis.
2-Jiwa tidak akan tenteram dan aman, hidupnya dalam resah gelisah
3-Memungkinkan berlaku pelbagai perkara yang dilarang oleh syarak seperti mencuri, rasuah dan menjual maruah diri.
4-Orang yang berhutang akan terikat hidupnya di dunia dan akan tergantung amalan dan rohnya selepas meninggal dunia hingga segala hutang piutangnya dilunaskan ketika hidup.
Sabda Rasulullah: "Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) hingga dia menjelaskan hutangnya."
Sabda Rasulullah: "Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah pada hari hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi."
Sabda Rasulullah bermaksud: "Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya." (Hadis riwayat Bukhari, Tarmizi, An- Nasai' dan Ibn. Majah)
–Petikan buku Budaya Berhutang: Amalan Dan Akibatnya
terbitan Jabatan Agama Islam Selangor
Tambahan:
Didalam Al-Quran ada Firman Allah yang bermaksud -
ALLAH BERPERANG DENGAN ORANG TERLIBAT DENGAN RIBA
TIDAK TAKUTKAH KAWAN2 DENGAN UGUTAN ALLAH INI????
SIAPALAH KITA YANG AKAN PERPERANG DENGAN PENCIPTA DIRI INI???
JADI MISKINKAH KITA JIKA TIDAK TERLIBAT DENGAN NYA???
InsyaALLAH saya akan terangkan bagaimana membeli kereta RM100K tanpa berhutang dengan bank dengan gaji sekitar RM3K sahaja sebulan. Dan lebih membinggungkan, saya dapat mengumpul 1/4 dalam masa 3 tahun kemudiannya!!!

Thursday, 18 February 2010

FARDHU HAJI: ANDA?

Tunaikanlah Fardhu Haji semasa muda. Seeloknya pada usia 40 tahun.
Kenapa 40?

1. Semua Muslim tahu, pada usia itu nabi mendapat wahyu pertama. Nabi telah berkahwin pada usia 25 tahun. Mengapakah ALLAH pilih pada usia tersebut?

2. Orang Melayu kata: Umur majal bagi seorang manusia. Ia adalah satu takuk masa yang menentukan keadaan seterusnya hingga ke akhir hayat. Jika pada takuk ini perangainya jahat, maka akan teruslah kejahatannya hingga mati. Jika nak ubah pun memerlukan istiqamah yang teguh dan berterusan

3. Orang putih kata: Life begins at 40. Pada masa ini permulaan dewasa, hidup dalam mengada-gada, kehidupan sebenar baru bermula

4. Haji merupakan Ibadah Perbuatan. Perlukan akal fikiran yang waras, badan yang kuat dan sihat. Kalau ada penyakit barulah di peringkat awal, masih boleh dikawal. Bawalah ubat.

5. Pada peringkat dimana semua keperluan duniawi telah dapat dilengkapi walaupun tidak sempurna. Baru ada anak 4, 5 orang, beli rumah 3 bilik dan kenderaan telah habis bayar.

6. Jika mula menyimpan di Tabung Haji pada umur 30 tahun, dianggarkan dapat peluang ke Mekah 10 tahun kemudian. Ini bermakna umur 40 tahunlaaaa. Jika sebulan simpan RM 100, maka 10 tahun dah ada RM 100 x 12 x 10 = RM 12,000 . Dah lebih dari mencukupi!! Kalau duit tak cukup juga, jangan risau sebab untuk ALLAH: 1 + 1 >>> 2. Percayalaaa dengan syarat kena berusaha ….

7. Hati telah cukup cekal untuk meninggalkan keluarga selama 40 hari. Ramai yang tidak sanggup meninggalkan anak-anak untuk selama itu. Apa yang dibimbangkan: kan kita nak jadi TETAMU ALLAH? Yakinlaa ALLAH akan menjaga segalanya dengan syarat kita telah membuat perancangan terbaik

8. Sementara anak-anak masih kecil, doakan untuk kebaikan mereka di depan KAABAH dan di RAUDAH. Ramai orang naik Jabal Rahmah untuk doa cepat jodoh dan dapat akhirnya. Yang dah kawin, tak payah cari penyakit!!!

9. Anak sulung mungkin baru berumur 15 tahun, maka cukup masa untuk membentuk anak-anak dan keluarga ke distinasi yang dipohon daripada ALLAH semasa Haji. Bapa dan ibu menjadi contoh terbaik kepada keluarga. Kita berusaha ke jalan yang lurus, pasti ALLAH akan penuhi!!

10. Masa paling TIDAK SIBUK. Pastikah bahawa akan ada masa yang tidak sibuk? Amat dibimbangi semakin lama semakin sibuk kecuali sakit. Adakah dah sakit baru nak pergi haji? Atau kematian mendahului? Pastikah anak-anak akan membuatkan Haji Badal untuk kita??? Yang pasti harta yang kita simpan akan diagih-agih ….. kita masih lagi belum memenuhi RUKUN ISLAM KE 5 BELUM DISEMPURNAKAN!!! Sempurnakah KeIslaman kita!!!

11. Balik Haji, lihat rezaki kita. Jika kita berusaha dan membuat sesuatu kerana ALLAH, insyaALLAH adalah tu …… nak tau mulalaa pasang niat sungguh-sungguh untuk pergi Haji. Kalau niat main-main tak jadi, susahlah nak jadi …..

ANDA BAGAIMANA ????
SAYA AMAT DOAKAN ANDA AGAR MENJADI TETAMU ALLAH SECEPAT MUNGKIN
.
.
.

Monday, 15 February 2010

DIMANAKAH SAYA DAN ANDA???

Siapakah Musuh Iblis?

Suatu masa Rasulullah s.a.w pernah menyoal iblis katanya: "Wahai iblis, berapa banyakkah musuh-musuhmu dan umatku"
Jawab iblis : "Lima belas orang" iaitu :

1. Anda sendiri wahai Muhammad
2. Kepala Negara (Imam) yang adil
3. Orang kaya yang rendah hati
4. Pedagang yang jujur
5. Orang alim yang sembahyangnya amat khusyuk
6. Orang beriman yang suka memberi nasihat
7. Orang beriman yang pengasih
8. Orang yang bertaubat dan tetap atas taubatnya itu
9. Orang yang tidak mahu membuat sesuatu yang haram
10. Orang beriman sentiasa berwuduk
11. Orang beriman banyak bersedekah
12. Orang beriman yang berakhlak mulia
13. Orang beriman yang bermanfaat kepada orang ramai
14. Orang yang mengamalkan dan terus menerus membaca Al-Quran
15. Orang yang menegakkan ibadat pada waktu malam sedangkan orang lain sedang tidur


Siapakah Kawan Iblis?

Rasulullah s.a.w bertanya lagi : "Berapa banyakkah kawan-kawanmu dari umatku?"
Jawab iblis: "Sepuluh orang" iaitu:

1. Hakim yang tidak adil
2. Orang kaya yang sombong
3. Pedagang yang tidak jujur
4. Peminum arak
5. Penghasut / pendengki kepada orang yang mendapat kebaikan
6. Orang beramal kerana ingin nama
7. Orang yang makan harta anak yatim
8. Orang yang mempermudahkan solat
9. Orang yang tidak mahu berzakat
10. Orang yang suka termenung (duduk mengelamun / berangan-angan)

Sumber: http://www.maij.gov.my